UMNO SEMAKIN MELEMAH DI SABAH JANGKAAN HANYA MENANG 3 KERUSI PRN-17

UMNO SEMAKIN MELEMAH DI SABAH JANGKAAN HANYA MENANG 3 KERUSI PRN-17

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – UMNO mungkin hanya menang 3 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN-17), demikian hasil dapatan terkini oleh badan penganalisis bebas Borneo Merdeka Centre dalam satu kenyataan media yang dihantar ke portal SabahNews.

Menurut jurucakap Borneo Merdeka Centre, Syihab Palembang berkata hasil dapatan kajian itu disokong oleh 1,000 orang responden melalui beberapa peringkat umur secara jelas menunjukkan sokongan rakyat Sabah kepada UMNO-BN hanya berada pada kadar 23 peratus.

Dapatan melalui 1,000 orang responden itu juga jelas menunjukkan peningkatan sokongan rakyat Sabah kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sekiranya gabungan itu bertanding secara solo dengan jumlah peratusan 76 peratus (76%).

Gabungan Rakyat Sabah (GRS)…

Manakala Warisan pula dapatan kajian menunjukkan sokongan rakyat adalah pada kadar 36 peratus (36%).

Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang dipimpin oleh Shafie Apdal…

Menurut Syihab Palembang walaupun berhadapan dengan pelbagai isu Hajiji dilihat akan mampu menang bergaya melalui Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN-17 akan datang.

Dapatan kajian juga secara jelas menunjukkan rakyat Sabah masih menyokong Hajiji berbanding Bung Moktar dan Shafie Apdal.

Syihab Palembang juga berkata salah satu kesan penolakan rakyat Sabah ke atas UMNO adalah berkisar kepada sikap kasar Bung Moktar, kes rasuah dan kegagalan menerajui Kementerian Pembangunan Infrastruktur melalui program “Bung Speed”.

Salah satu video tular oleh Bung menyebabkan rakyat Sabah semakin menjauhkan diri dari Bung dan UMNO Sabah (Sumber Video: KiniTV).

Mahkamah Sesyen menetapkan tujuh hari bermula 9 April 2025 untuk Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta…(Sumber: Tangkap layar foto dari BH Online)

Manakala penolakan ke atas Shafie Apdal pula masih berkisar kepada isu kronisme ‘Sempornasisasi’ dan mesra kepada warga Filipina.

Shafie dalam satu ucapan yang tular sebelum ini mengakui apabila mereka berkuasa, dia dengan yakin berakata ‘kita jaga orang kita’ yang merujuk kepada kronisme ‘Sempornasisasi’.