UMS Komited Tingkat Kebolehpasaran Graduan

UMS Komited Tingkat Kebolehpasaran Graduan

0
SHARE
Kasim (empat dari kiri) menyerahkan cenderamata kepada Tun Juhar...

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) komited mempertingkatkan tahap kebolehpasaran graduan.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata pencapaian lepas menunjukkan kadar kebolehpasaran graduan UMS berada keempat tertinggi bagi Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia setakat ini.

“Sebagai Naib Canselor yang baru dilantik, saya bertekad untuk terus meningkatkan kebolehpasaran graduan UMS pada masa akan datang…

“Oleh yang demikian, antara usaha yang dilaksanakan adalah dengan menjalinkan kerjasama dengan industri, organisasi dan agensi kerajaan yang berkaitan untuk mewujudkan hubungan yang harmoni antara universiti dan pemegang taruh.

“Selain itu juga, UMS komited untuk meningkatkan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan penerbitan ke tahap yang lebih tinggi lagi,” katanya kepada media selepas sesi kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.

“UMS akan memberikan pelepasan khas dan mengalakkan para pelajar untuk turun mengundi agar kadar pengundian meningkat selain turut memberikan nasihat serta pandangan yang bersifat akademik kepada pelajar,” ujarnya.

Dalam kunjungan tersebut, Kasim turut memaklumkan Tun Juhar berkenaan pendaftaran pelajar baharu selain menjemput Tun Juhar untuk hadir ke Majlis Anugerah Penyelidikan yang akan diadakan pada Khamis depan dan Istiadat Konvokesyen Kali Ke-24 pada 10 sehingga 12 December 2022.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Rasid Mail, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Raman Noordin, Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Ir Dr. Rosalam Sarbatly dan Pendaftar, Luqman Ridha Anwar.

Mengulas mengenai Pilihanraya Umum yang akan datang, Kasim menjelaskan bahawa UMS akan memberikan pelepasan khas kepada para pelajar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.