UPPM Sabah, KTC Santuni 300 Penduduk Dalam Jelajah Iftar Di Kota Marudu

UPPM Sabah, KTC Santuni 300 Penduduk Dalam Jelajah Iftar Di Kota Marudu

0
SHARE
Awang Kadin menyampaikan sumbangan kepada penduduk di kawasan setempat.

KOTA MARUDU: Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) bersama Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) menyantuni lebih 300 penduduk dalam Jelajah Iftar di kawasan Kota Marudu.

Jelajah Iftar yang ke-15 itu dijalankan di Dewan Komuniti Kampung Ranau, Bandau, Kota Marudu, pada Selasa.

Jelajah kali ini dihadiri seramai lebih 300 penduduk setempat termasuk, Ketua Kampung, JPKK, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) kawasan, ahli-ahli Ketua Pejabat dan juga Ketua Daerah di setiap kawasan. 

UPPM Sabah dalam satu kenyataan berkata, kawasan yang terlibat kali ini adalah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong, Bandau dan Tandek.

“Kali ini seramai 30 penerima wang tunai hari raya hasil sumbangan daripada Sabah Softwood Sdn Bhd,” katanya.

Turut hadir dalam jelajah ini, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda; Pengarah UPPM Sabah, Datuk Awang Kadin Tang dan Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau.

Selain itu, turut hadir juga Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd, Datuk Maijol Mahap; Penolong Pegawai Daerah Kanan, Marshal Anthony@Idham; Ketua Bahagian STAR N7 Tandek, Datuk George Sangkin dan PPM kawasan.