Waktu Operasi Kaunter JPN UTC Kota Kinabalu, Keningau Di Tukar Sepanjang PKPB...

Waktu Operasi Kaunter JPN UTC Kota Kinabalu, Keningau Di Tukar Sepanjang PKPB Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Waktu operasi kaunter di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Kinabalu dan Keningau telah ditukar sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini.

Pengarah Pendaftaran Sabah Khairrul Aminus Kamaruddin menerusi kenyataan memaklumkan waktu operasi dan perkhidmatan pada hari Isnin hingga Jumaat bagi Kota Kinabalu bermula jam 8 pagi hingga 2.30 petang manakala Keningau bermula jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang.

“Para pelanggan dinasihatkan merancang masa dengan baik untuk berurusan di pejabat JPN berkenaan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa PKPB,” katanya.

Beliau berkata untuk sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan (PPP) JPN Sabah di talian 088-488300, 088-488301 atau 088-488365.