COVID-19: KKM LAPORKAN 6 KEMATIAN, 1,810 KES BAHARU DAN HANYA 937 KES...

COVID-19: KKM LAPORKAN 6 KEMATIAN, 1,810 KES BAHARU DAN HANYA 937 KES SEMBUH HARI INI

0
SHARE
Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 11 Disember 2020...(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 937 KES pesakit telah sembuh hari ini, demikian menurut laporan rasmi KKM sebentar tadi.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 67,173 kes (83.6%).

Menurut laporan KKM hari ini, SELANGOR telah mencatatkan kes sembuh COVID-19 tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 373 KES.

Menurut laporan KKM hari ini, SELANGOR telah mencatatkan kes sembuh COVID-19 tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 373 KES…

Walaupun kes sembuh berada dalam angka yang baik, dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 ketika ini berada dalam paras membimbangkan iaitu sebanyak 1,810 KES.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 80,309 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 12,734 kes.

DARIPADA 1,810 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak sebelas (11) Kes import, manakala 1,799 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut KKM juga, sebanyak 123 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 63 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada laporan KKM hari ini, NEGERI SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 829 KES dan diikuti NEGERI SABAH sebanyak 532 KES.

KKM dukacita memaklumkan terdapat ENAM (6) kes kematian direkodkan hari ini yang mana lima (5) kes daripada SABAH dan satu (1) kes daripada Pulau Pinang, ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 402 kes (0.5%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (11 Disember 2020) sebanyak 829 KES daripada keseluruhan 1,810 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)