Wanita 46 Tahun Rugi RM2.5 Juta Kepada ‘Scammer’

Wanita 46 Tahun Rugi RM2.5 Juta Kepada ‘Scammer’

0
SHARE
PDRM
Logo PDRM ( Sumber Foto: Google )

PENAMPANG, SABAH – Seorang penolong pengurus sebuah syarikat swasta di Kota Kinabalu rugi RM2.5 juta sebelum menyedari dirinya mangsa ‘love scam’.

Mangsa berusia 46 tahun itu membuat laporan polis pada Rabu setelah menghantar duit dalam bentuk 41 transaksi kepada 24 akaun tempatan berbeza sejak 26 Mei lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata wanita itu didekati di laman Instagram oleh penipu yang menyamar sebagai Ji Won, seorang warganegara Korea.

“Suspek mendakwa mempunyai beberapa masalah dengan syarikat minyak dan gasnya di Itali.

“Dia kemudian mula memindahkan wang itu hanya selepas dua minggu memikat suspek melalui WhatsApp,” katanya pada sidang media di sini pada Khamis.

Jauteh berkata kes berupa itu berpunca daripada kegagalan mengawal emosi yang membawa kepada pemikiran tidak rasional.

“Jika dia (suspek) warga Korea, sudah tentu mereka tidak akan menggunakan akaun bank tempatan…kami sedang mengesan pemilik akaun.

“Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan kerana membantu mengalih atau menyembunyikan harta sendiri atau orang lain secara tidak jujur,” katanya sambil meanmbah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.