PENAMPANG, SABAH – Seorang wanita cedera ringan manakala empat keluarga kehilangan tempat tinggal selepas kebakaran di Kampung Baru Jalan Bundusan memusnahkan dua buah rumah semalam.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan mangsa cedera berusia 50an dalam insiden kira-kira 9 malam itu.
Menurutnya seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, 17 dari BBP Lintas dan 30 lagi dari BBP Kota Kinabalu dikerah ke lokasi kejadian.
“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran 2000 kaki dua pancutan dengan sumber air daripada jentera ‘water tanker’ dan pili bomba berhampiran.
“Operasi dilaporkan terkawal pada jam 10.32 malam dan setelah memastikan tiada keberbahayaan lain operasi ditamatkan pada jam 12.55 tengah malam,” kata seorang jurucakap bagi agensi.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.





