LONDON – Seorang wanita berkongsi kisahnya di aplikasi Reddit, menceritakan dia memfailkan saman terhadap kedua-dua ibu bapanya kerana menggunakan wang dari tabung pendidikannya untuk membiayai perkahwinan mewah abangnya.
Dia mendakwa ibu saudaranya menyediakan beberapa akaun simpanan untuk menyediakan pembiayaan pendidikan bagi anak keluarga perempuannya dalam keluarga mereka.
Dia seterusnya mendedahkan keluarganya tidak menghargai pendidikan untuk wanita, tetapi ibu saudaranya yang merupakan seorang doktor yang tinggal di London dan berkahwin dengan lelaki Britain, mahu mengubah pemikiran ini.
Bagaimanapun, selepas kematiannya, ibu bapanya mendapat akses kepada dana pendidikan yang ditujukan untuk dua anak perempuan mereka.
Wanita itu mendapat tahu hanya RM57,538 (AS$13,000) yang tinggal dalam akaun itu apabila dia ingin mengumpul dana untuk melanjutkan pelajarannya.
Wanita itu mendapat tahu wang itu dibelanjakan untuk perkahwinan abangnya, yang mendorongnya meninggalkan rumah dan membuat pinjaman pelajar.
Keluarganya bagaimanapun, melihat tindakan undang-undangnya sebagai pengkhianatan terhadap privasi keluarga, menyebabkan dia berasa malu dan diaibkan.
Abang wanita itu menawarkan untuk membayar tuisyen universitinya, tetapi dia berkeras mengikat kontrak yang sah.
Wanita itu mengaku dia berasa bersalah atas tuntutan mahkamah dan turut dilabel sebagai memalukan dalam komunitinya, namun dia tidak mahu dibebani hutang yang tidak diingini sepanjang hayatnya






