Wanita Gagasan Rakyat Santuni Pesakit Kronik Sempena Krismas

Wanita Gagasan Rakyat Santuni Pesakit Kronik Sempena Krismas

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sempena menjelang Hari Krismas, Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) telah mengadakan lawatan di Kampung Keliangau, Menggatal, baru-baru ini,

Lawatan itu dihadiri Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda bersama Ketua Wanita Gagasan Rakyat bahagian Inanam, Meilin Medusin, serta ahli jawatankuasanya.

Redonah berkata, sepertimana perayaan-perayaan lain contohnya Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru Cina, kali ini golongan kurang bernasib juga menerima sumbangan sempena Krismas.

“Sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan adalah sebagai tanda ingatan dan tanggungjawab kami kepada golongan tersebut.

“Sebagai masyarakat yang merayakan pelbagai perayaan, golongan-golongan kurang bernasib baik ini tidak akan dilupakan agar mereka juga dapat meraikan Krismas seperti orang lain,” katanya.

Beliau telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga Petrus Ayang, 62 tahun, iaitu seorang pesakit kronik daripada kampung tersebut.

Sumbangan berupa barangan makanan dan perhiasan Krismas untuk keluarga Petrus.