Wanita Putus Semua Jari Tangan Kanan Dalam Pengisar Daging

Wanita Putus Semua Jari Tangan Kanan Dalam Pengisar Daging

0
SHARE
Bomba
Anggota bomba memotong mesin pengisar bagi mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

TAWAU, SABAH – Seorang wanita menjadi kudung apabila kesemua jari tangan kanannya putus dalam mesin pengisar daging di sebuah cafe di Taman Poh San semalam.

Pasukan bomba dipanggil bagi menyelamatkan pekerja berusia 22 tahun itu pada pukul 1.50 petang.

“Pasukan bomba bertindak memotong mesin pengisar dan mengeluarkan tangan mangsa seterusnya diberikan rawatan awal.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tawau menggunakan jentera Emergency Medical Rescue Services Bomba untuk rawatan lanjut,” kata seorang jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Operasi melibatkan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tawau itu kemudian ditamatkan pada jam 3.20 petang.