Warga Asing Disyaki Merogol Kanak-Kanak 12 Tahun Ditahan

Warga Asing Disyaki Merogol Kanak-Kanak 12 Tahun Ditahan

0
SHARE
Polis
Suspek dalam tahanan pihak polis ( Sumber Foto: Ihsan IPD Tawau )

TAWAU, SABAH – Pasukan polis telah menangkap lelaki berusia 32 tahun di sebuah kebun sawit di Kampung Iban, Merotai Besar, sini, selepas disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun sejak awal bulan ini.

Kanak-kanak berkenaan merupakan saudaranya yang tinggal di kediaman suspek di mana perbuatan keji itu berlaku.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, penahanan suspek warga asing itu dijalankan sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai pada jam 9.50 malam Sabtu.

“Mangsa kemudian menghubungi saudara mara yang lain bagi membongkar perbuatan suspek dan tindakan segara diambil.

“Sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai bergegas ke lokasi untuk menjalankan operasi mengesan dan menahan suspek.

“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini tanpa sebarang dokumen diri yang sah.