Warga Asing Ditikam Mati Ditemui Berhampiran SMK Bahang

Warga Asing Ditikam Mati Ditemui Berhampiran SMK Bahang

0
SHARE
Polis
Mayat mangsa dan pihak polis di tempat kejadian ( Sumber Foto: Ihsan IPD Penampang )

PENAMPANG, SABAH – Mayat berlumuran darah seorang warga asing berusia 29 tahun ditemui dengan kesan tetakan dan tikaman berhampiran SMK Bahang di sini, hari ini.

Polis percaya si mati terlibat dalam kes pergaduhan membabitkan beberapa individu lelaki yang menggunakan senjata jenis parang.

Ketua Polis Penampang, Supt Sammy Newton berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam pada pukul 4.44 pagi.

“Mangsa dilaporan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Queen Elizabeth.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyaatan media hari ini.

Dalam pada itu, Sammy menggesa saksi kejadian agar tampil segera menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang, ASP Andi Ma’Mur Halwati di talian 019- 5853918.

“Pihak polis juga menyeru orang ramai supaya tidak meyebarkan gambar di tempat kejadian dan memuatnaik atau menyebarkan sebarang info yang tidak sahih di platform media sosial yang boleh mengundang kegusaran dan mengganggu gugat ketenteraman awam,” tegasnya.