KOTA BELUD, SABAH – Seorang warga emas hilang tanpa jejak dipercayai dalam hutan sekitar Kg Bangkahak Nayasan sini.
Mangsa yang dikenali sebagai Yasap berusia 80-an, hanya disedari tidak berada di rumah oleh anak mangsa pada pukul 3 pagi semalam.
Menurut seorang jurucakap bagi Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, panggilan kecemasan berhubung kes diterima pada pukul 9.52 pagi hari ini.
“Keluarga mangsa dibantu penduduk kampung telah berusaha mencari mangsa di sekitar kawasan rumah dan kawasan hutan tetapi belum menjumpainya.
“Pasukan Bomba bergerak ke lokasi kejadian mengambil maklumat dan seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat. Maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa,” katanya.
Katanya sepasukan lima itu diketuai PPgB MuhammadS Syazwan Latun.