Warga Emas Hilang Ditemui Dalam Perut Buaya

Warga Emas Hilang Ditemui Dalam Perut Buaya

0
SHARE
Buaya
Anggota tubuh badan Addi dikeluarkan dari buaya yang membahamnya ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

TAWAU, SABAH – Mayat seorang warga emas ditemui dalam perut seekor buaya empat hari selepas dibaham di Kampung Sungai Mas-Mas Nasib Kita pagi tadi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, sepasukan Jabatan Hidupan Liar Sabah (Perhilitan) menemui buaya yang dipercayai membaham mangsa, Addi Bangsa, 60.

“PERHILITAN bertindak menembak buaya tersebut dan seterusnya membelah perutnya yang mengandungi mayat mangsa.

“Pengecaman identiti mangsa dilakukan oleh ahli keluarga beliau sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” kata seorang jurucakap bagi agensi.

Jelasnya, jantina buaya tersebut adalah jantan seberat 800kg dengan kepanjangan 14.11 kaki.

Terdahulu, menurut saksi, mangsa dibaham ketika turun ke bot pada sekitar jam 4.00 pagi Rabu (19 Julai).