Warga Emas Terbabas, Terperangkap Banjir Diselamatkan Ketua Polis Penampang

Warga Emas Terbabas, Terperangkap Banjir Diselamatkan Ketua Polis Penampang

0
SHARE
Sammy
Ketua Polis Daerah Penampang Superintendent Sammy Newton menggendong mangsa banjir keluar dari kenderaan pacuan empat roda yang terbabas di Jalan Kasigui ( Sumber Foto: Laman media sosial rasmi Facebook IPD Penampang )

PENAMPANG, SABAH – Seorang warga emas wanita yang terperangkap dalam air banjir selepas kenderaannya terbabas dalam parit dekat Jalan Kasigui, sini, diselamatkan Ketua Polis Penampang, Superintendan Sammy Newton pagi tadi.

“Tanpa mengira pangkat di bahu beliau bersama pasukan petugas Op Banjir Daerah Penampang, (Sammy) turun padang bermula dari semalam memantau kawasan terjejas banjir sekitar Penampang,” jelas dalam siaran yang dimuat naik dalam Facebook Polis Daerah Penampang.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak melalui kawasan atau laluan yang terjejas banjir bagi mengelak keadaan yang tidak diingini berlaku.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, seramai 112 mangsa banjir terdiri daripada 40 buah keluarga kini berteduh di Dewan Kebudayaan Penampang.

Sementars itu, pasukan bomba berjaya memindahkan seramai 59 orang dari 23 kampung yang terjejas sejak insiden petang semalam. Mereka termasuk 14 orang kanak-kanak.

Lapornya, setakat jam 6.30 pagi tadi, paras air sungai Moyog berada pada 8.78 meter namun mula surut.

“Pasukan bomba bertindak menjalankan kerja-kerja memindahkan mangsa ke Pusat Penempatan Sementara dan pemantauan banjir di kawasan-kawasan berisiko terus dijalankan,” katanya.

Operasi melibatkan kira-kira 50 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Penampang dan Kota Kinabalu.