YNJ Beri Sumbangan 30 Saudara Baru, Asnaf HCF KK

YNJ Beri Sumbangan 30 Saudara Baru, Asnaf HCF KK

0
SHARE
Ynj
Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah bergambar kenangan bersama penerima sumbangan ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Yayasan Nur Jauhar (YNJ) menyampaikan sumbangan kepada 30 saudara baharu dan dua asnaf dari Hidayah Centre Foundation (HCF) Cawangan Kota Kinabalu.

Penyampaian tersebut disempurnakan oleh Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang juga Penasihat YNJ.

Menurut Ketua Operasi Wilayah Sabah HCF, Ustaz Mohd Zulazrie Dahim Dan berkata pihaknya memberi fokus kepada penerapan ilmu agama serta pendidikan Islam kepada mualaf.

“Elemen paling penting yang perlu diterapkan dalam diri saudara baru ialah mendalami ilmu agama dan memberi pendidikan tentang Islam kepada para mualaf.

“Antara aktiviti HCF yang telah dilaksanakan untuk menambah ilmu pengetahuan mereka ialah dengan mengadakan program iftar pada bulan Ramadhan dan program korban khas baru-baru ini,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada 30 Mualaf HCF di Istana Seri Kinabalu.

HCF telah beroperasi sejak 2018 mempunyai lapan cawangan di seluruh Sabah iaitu Kota Kinabalu, Papar, Bundu Tuhan, Keningau, Kota Marudu, Pagalongan, Beluran dan Labuan. — JABATAN PENERANGAN SABAH