15 Ekor Lembu Korban Disumbang Untuk Penduduk DUN Sungai Manila

15 Ekor Lembu Korban Disumbang Untuk Penduduk DUN Sungai Manila

0
SHARE

SANDAKAN: Sebanyak 15 ekor lembu disumbangkan bagi pelaksanaan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila tahun ini.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Datuk Hazem Mubarak kepada penduduk dan jawatankuasa pelaksana korban di kawasan berkenaan.

Beliau yang juga Pengerusi Sawit Kinabalu berkata, ibadah korban bukan sahaja melambangkan pengorbanan dan keikhlasan, malah menjadi medium mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Saya berharap sambutan ini diraikan dengan sederhana dan harmoni,” katanya ketika ditemui sempena sambutan Aidiladha, pada Rabu.

Dalam pada itu, Hazem turut menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sentosa di Jalan Sungai Batang sebelum mengunjungi beberapa rumah terbuka rakan serta ahli cawangan di sekitar kawasan tersebut.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, khususnya masyarakat di DUN Sungai Manila, sambil menyeru agar semangat perpaduan dan keharmonian terus diperkukuhkan.