30 Asnaf Terima Sumbangan PBNS

30 Asnaf Terima Sumbangan PBNS

0
SHARE
Hajiji
Hajiji (tiga dari kiri) menyampaikan bantuan kepada asnaf orang kurang upaya (OKU) - ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 30 orang asnaf menerima sumbangan berbentuk wang tunai daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS).

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam Majlis Istiqbal Nuzul Quran Peringkat Negeri Sabah 1445H/2024H di Masjid Negeri, pada Rabu.

Selain menyampaikan sumbangan, Hajiji turut berkesempatan menunaikan solat tarawih bersama para jemaah yang hadir diimamkan oleh Imam Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting.

Antara pengisian majlis berkenaan adalah acara Khatam Al Quran yang disertai oleh institusi pendidikan dan masjid sekitar Kota Kinabalu yang dipimpin oleh Suhaidi dan Tazkirah Khas Nuzul Quran yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Indonesia, Derry Sulaiman.

Hadir sama, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Arifin Mohd. Arif, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Yahya Hussin dan Pengerusi PBNS, Datuk Dr Omar Raisul As-Salam Syah Datuk Sulaiman Omar. — JABATAN PENERANGAN SABAH