532 Peserta Termasuk Penyertaan Negara Asing Di Kokol Ultra 50 Km Ke-3

532 Peserta Termasuk Penyertaan Negara Asing Di Kokol Ultra 50 Km Ke-3

0
SHARE
Kokol
Para pemenang perlumbaan Kokol Ultra 50km Ke-3 yang diadakan di Menggatal ( Sumber Foto: Daily Express )

KOTA KINABALU, SABAH – Jailani Juhili dan Adelinah Lintanga merangkul anugerah teratas pada perlumbaan Kokol Ultra 50km Ke-3 yang diadakan di Menggatal, sini, dari 11 hingga 12 Oktober.

Memetik sumber Daily Express, pengarah perlumbaan, Rahmat Ali Mohd Hussain berkata 66 pelari mengambil bahagian dalam cabaran ultra 50km, 151 dalam perlumbaan 30km dan 314 dalam 13km menikmati pelbagai cabaran di sekeliling Kokol.

Jailani merangkul kejuaraan terbuka lelaki dengan masa penamat tujuh jam, lapan minit dan 55 saat diikuti Ramilus Chanti (7:24:19) dan Mohd Rizuan Jaip (7:49:09) di tempat ketiga.

Adelinah juga meraih kemenangan selesa dalam kategori terbuka wanita dengan masa 07:43:35 iaitu lebih 30 minit di hadapan Vivian Pang di tempat kedua (08:06:25) bersama Bernadette Matin (09:23:51) di temapt ketiga.

Acara anjuran Expertise Event Management di bawah UTMB World Series dan International Trail Race Association itu menarik peserta asing termasuk 10 dari Brunei, 5 dari Indonesia, 4 dari Filipina, masing-masing 2 dari Great Britain dan Thailand dan satu dari Jerman.

Gelaran veteran lelaki sejauh 50km dimenangi oleh Rawandi Sidin (08:01:44). Di tempat kedua ialah Ronnie Francis (08:56:36) dan tempat ketiga dimenangi Peter Duman Gonsu (08:58:17).

Tiga pemenang teratas dalam kategori veteran wanita 50km ialah Maria Joycelyn (10:29:34), Zahara HK (10:40:05) dan Roslianah Julit (12:39:35).

Dalam perlumbaan 30km, kejuaraan terbuka lelaki menjadi milik Jensen Amin Ubud (04:49:24) diikuti Ardy Sadok (04:57:52) dan Shalfazree Faisal (05:26:46).

Sofia Raidin (04:26:54) merangkul gelaran johan terbuka wanita dengan Daring Bella LWL Lai (05:01:58) dan Izzah Ashukin (05:17:59) masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Tiga penamat teratas dalam kategori veteran ialah A Mahadi Adul (04:41:26), George Gintos (05:57:59), Ebih Hj Taripin (06:11:28) bagi lelaki, dan Aslin Laslin Sarawai ( 05:18:04), Stlea Thomas (05:25:16) dan Margretta Walther (05:31:03) untuk wanita.

Pemenang perlumbaan 13km dalam acara terbuka lelaki ialah Yalik Saumin (01:39:34), Elvince Jimes (01:45:08), Ibrahim Mohd Amin (01:54:10); Veteran Lelaki, Raichin Singkit (01:38:22), Jalleh Bokiom (01:42:54) dan Raymond Lim (01:45:47).

Untuk kategori wanita terbuka, Ellystrina Kimes (01:59:37), Tracy Lo (02:03:17), Zasseiiy Gitom (02:11:00) manakala Veteran Wanita, Nor Sazliyana Sahrudin (01:14:39), Lubiah Godsung (02:15:59), Hamidah Jupilee (02:39:47).

Acara seterusnya ialah perlumbaan Kokol Vertex 13km yang dijadualkan pada 24 November ini.