9 juta dapat STR RM100 setiap bulan, bujang RM600 bermula 2026

9 juta dapat STR RM100 setiap bulan, bujang RM600 bermula 2026

0
SHARE

KUALA LUMPUR, 10 Oktober – Seramai sembilan juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sehingga RM100 setiap bulan bersamaan RM1,200 setahun, bermula tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejuta penerima STR di bawah e-Kasih pula akan menerima SARA sehingga RM200 sebulan bersamaan RM2,400 setahun.

Beliau berkata, kategori bujang pula akan menerima RM600 iaitu RM50 sebulan melalui SARA.

“Kadar maksimum diterima isi rumah ialah RM4,600, iaitu pendapatan bawah RM2,500 sebulan dengan lima anak menerima STR RM2,200 dan SARA RM2,400,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.