LONDON – Pengedar dadah menjadikan kehangatan dan populariti siri popular di Netflix ketika ini iaitu ‘Squid Game’ dengan menghasilkan sejenis pil ekstasi untuk dijual kepada kanak-kanak dan juga para remaja menerusi laman media sosial Facebook.
Memetik laporan Daily Star baru-baru ini, pengedar dadah mensasarkan dadah tersebut kepada murid sekolah yang mana perkara itu mencetuskan kerisauan para ibu bapa.
“Anak saya yang baru berusia 15 tahun dihubungi melalui aplikasi Messenger berkenaan pil tersebut…
“Profil Facebook milik individu tersebut adalah palsu namun anak saya ditanya adakah dia berminat untuk membeli pil Squid Game. Saya amat bimbang kerana mereka (pengedar dadah) menjualnya umpama menjual gula-gula,” kata seorang ibu.
‘Squid Game’ merupakan drama bersiri yang memaparkan kehidupan sekumpulan individu yang dibebani hutang menyertai satu permainan kanak-kanak ganas yang boleh mengorbankan nyawa mereka.
Ia merupakan salah satu siri paling popular pernah disiarkan Netflix.






