TAWAU, SABAH – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas di Kampung Jawa Lanut, sini, ditemui pasukan penyelamat dan orang kampung pada 8.20 pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata, mayat adik Mohd Alif Amuddin, 3 tahun, ditemui kira-kira 600 meter dari lokasi jambatan di mana mangsa telah jatuh.
“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan 10 minit kemudian.
Hari ini merupakan hari kedua usaha mencari dan menyelamat mangsa setelah Balai Bomba dan Penyelamat Tawau menerima panggilan kecemasan berhubung insiden terbabit pada pukul 2.45 petang semalam yang ditamatkan ditangguh pada 6.05 petang.





