KUALA LUMPUR – Bayaran fasa terakhir Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Januari (Khamis) ini, demikian menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI), sebentar tadi.
Beliau berkata bayaran fasa pertama tersebut akan membabitkan lebih lapan (8) juta penerima.

“Golongan isi rumah berpendapatan sehingga RM5,000 sebulan akan menerima RM300 dan bagi kategori bujang yang berpendapatan sehingga RM2,000 sebulan, mereka akan menerima RM150,” katanya.





