PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan kes baharu positif harian semakin naik dengan 7,289 KES telah dicatatkan yang mana adalah TERTINGGI setakat ini yang pernah dilaporkan sejak pandemik COVID-19 melanda negara, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysia di Facebook rasmi KKM.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 525,889 KES.
Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 2,642 KES dan diikuti JOHOR BAHRU sebanyak 664 KES dan KUALA LUMPUR sebanyak 604 KES.
Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;






