Kalahkan Brazil 1-0, Argentina Juara COPA AMERICA 2021

Kalahkan Brazil 1-0, Argentina Juara COPA AMERICA 2021

0
SHARE

RIO DE JANEIRO, BRAZILA – Argentina menjuarai Copa America 2021 selepas menewaskan Brazil 1-0 pada aksi final di Stadium Maracana, di sini, sebentar tadi.

Gol tunggal Pemain Paris Saint-Germain (PSG) Angel Di Maria pada minit ke-22 sudah cukup untuk menjadikan Argentina sebagai juara COPA AMERICA 2021.

Kejuaraan ini juga mengakhiri penantian lama pemain utama Argentina, Lionel Messi sebagai juara di pentas antarabangsa setelah berkubang dalam kejayaan di peringkat kelab bersama Barcelona.

Dalam perlawanan yang sengit itu yang mana dihadiri oleh sejumlah penonton, Brazil dengan jolokan ‘pasukan samba’ meletakkan skuad penuh, penyerang Richarlison yang dikuatkan lagi dengan trio Neymar, Lucas Paqueta dan Everton.

Brazil, yang bermain di tempat sendiri, segera melakukan serangan yang pelbagai ketika wisel pengadil babak pertama ditiupkan. Ini dapat dilihat melalui tindakan Neymar di sebelah kanan pertahanan Argentina yang cukup menyusahkan pertahanan Albiceleste yang menjaga baik Gonzalo Montiel.

Pemain Argentina yang lebih bertahan mengambil langkah menunggu serangan pemain Brazil yang mana kemudiannya berusaha mendapatkan bola dan membuat serangan balas yang cepat sehingga jaringan gol dibuat oleh Di Maria pada minit ke-22.

Pemain Argentina, Angel Di Maria meraikan kejayaan menjaringkan gol pasukannya pada aksi final Copa America menentang Brazil di Stadium Maracana, Brazil…

Masuk babak masa kedua, Brazil yang dilihat semakin menggasak dengan pelbagai sudat serangan, namun banyak percubaan hebat dinafikan oleh penjaga gol Argentina, Martinez.

Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat ditiupkan dan Argentina sah menjadi juara pada kejuaraan itu selepas kali terakhir Argentina menang Copa America adalah pada tahun 1993.