KUALA LUMPUR – “Mereka sangat biadap, sepatutnya kalau ada pun bantahan selesaikan dahulu bacaan Al-Fatihah yang dibaca oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin khususnya untuk umat Islam yang terkorban akibat COVID-19,” demikian adalah sebahagian komen oleh netizen selepas video pemimpin DAP mengganggu bacaan Surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Perdana Menteri Malaysia tular di laman media sosial Facebook dan sebaran aplikasi WhatsApp hari ini.
Di dalam video tersebut, bacaan Surah Al-Fatihah oleh Muhyiddin Yassin tersekat selepas Lim Guan Eng dan beberapa lagi pemimpin DAP berteriak sambil membangkitkan perkataan “point of order”.
Menurut hantaran lainnya oleh beberapa orang aktivis masyarakat, kejadian menghina bukan kali pertama dilakukan oleh pemimpin DAP, sebelum ini Lim Kit Siang turut mengundang kemarahan umat Islam apabila mempersendakan nama ‘Allah’ apabila memanggil Kerajaan Malaysia ketika ini sebagai ‘Kerajaan Allah’.

Dalam pada itu, laporan Polis oleh Pemuda PAS termasuk NGO di beberapa negeri turut dibuat ke atas Lim Kit Siang kerana menghina nama ‘Allah’ yang amat suci bagi umat Islam.








