Rumah Jenis Studio Dijual Pada Harga RM2.2 Juta

Rumah Jenis Studio Dijual Pada Harga RM2.2 Juta

0
SHARE

LONDON – Sebuah rumah kecil menjadi tular apabila dijual pada harga £395,000 (RM2.2 juta) di sini.

Memetik laporan The Sun, rumah yang diiklankan untuk dijual itu menjadi tular kerana harga yang terlalu mahal sedangkan rumah berkenaan hanya dilengkapi satu bilik tidur, satu bilik resepsi dan satu bilik mandi itu dilabel sebagai ‘hartanah unik’.

Rumah yang dianggap hanya mempunyai keluasan bersamaan dengan garaj kereta itu terletak di Stewart Grove, Chelsea, berkeluasan 22.6 meter persegi dan telah dicat dengan rona pelangi.

“Sebuah kediaman jenis studio pegangan bebas yang terletak di tengah bandar Chelsea…

Sumber Foto: My London…

“Kediaman di lokasi ideal ini berpotensi menjadi rumah yang hebat di London atau dijadikan sebagai pelaburan hartanah,” demikian kenyataan yang ditulis pada iklan  rumah tersebut.

Iklan itu bagaimanapun mengingatkan bakal pembeli bahawa kediaman itu ‘memerlukan pengubahsuaian’.