SANDAKAN, SABAH – Pasukan Bomba terpaksa dipanggil untuk memotong cincin ‘stainless steel‘ dari jari manis seorang remaja lelaki semalam.
Lelaki belasan tahun itu dikatakan bermain dengan cincin berkenaan sehingga tersekat dan jarinya mula membengkak kerana aliran darah terhad.
Ketua Balai Bomba Penyelamat Sandakan PKPgB Jimmy Lagang berkata keluarga mangsa telah berusaha untuk menanggal cincin itu tetapi berputus asa selepas tiga jam mencuba.
“Mangsa terdahulu mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan di Hospital Duchess of Kent yang seterusnya meminta bantuan Bomba pada 10.08 malam…
“Pasukan bomba berjaya memotong cincin tersebut dengan peralatan khas,” katanya.
Operasi ditamatkan kira-kira 40 minit selepas itu.





