Polis Penampang Ronda 14 ‘Blackspot’ Sepanjang Tahun Baru Cina

Polis Penampang Ronda 14 ‘Blackspot’ Sepanjang Tahun Baru Cina

0
SHARE
Ipd
Sammy mengagihkan pamplet pencegahan jenayah dan keselamatan lalu lintas kepada pengguna jalan raya ( Sumber Foto: Ihsan IPD Penampang )

PENAMPANG, SABAH – Pelbagai elemen kepolisan dan aset Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang akan diatur gerak dalam Op Selamat 21 sempena sambutan Tahun Baru Cina 2024 sehingga Selasa (13 Feb).

Ketua Polis Daerah Penampang, Supt. Sammy Newton berkata, dengan betemakan “rumah selamat, selamat sampai ke destinasi”, pihaknya akan melaksanakan rondaan berkala serta berterusan terutama di 14 lokasi blackspot iaitu lokasi yang sering berlaku kemalangan.

Ianya termasuk kawasan Yue Min, Kampung Nambazan, Kampung Madsiang, Kampung Digot, Kampung Hubah, Kampung Dambai, tapak pembinaan Pan Borneo dan pusingan-u Padimas Point bagi daerah Penampang.

Bagi Putatan, Pasaraya Bataras, simpang ke Klinik Putatan, depan Toyota Putatan, depan Kem Lok Kawi, dan Jalan Papar Lama belakang Kem Lok Kawi.

“Menerusi program ini juga, pelbagai pamplet pencegahan jenayah dan keselamatan lalu lintas juga telah diagihkan kepada para penguna jalan raya semasa program berlangsung.

“Op Selamat 21 adalah usaha polis IPD Penampang khususnya bagi meminimumkan kadar kemalangan lalu lintas dan mencegah berlakunya kes jenayah sepanjang musim perayaan tahun baru ini,” katanya ketika pelancaran majlis di IPD Penampang pada Khamis.

Sammy berkata selain daripada memastikan aliran trafik di daerah penampang serta putatan, rondaan di kawasan kediaman juga akan di pertingkatkan bagi mencegah kes jenayah terhadap harta benda dan kediaman yang ditinggalkan orang ramai sepanjang tempoh perayaan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar selalu peka serta berhati-hati dijalan raya dan memaklumkan pergerakan meninggalkan rumah kosong menerusi borang maklumat balik kampung yang boleh didapati di mana-mana balai polis yang berdekatan.