JAKARTA, INDONESIA – Polis membebaskan seorang lelaki yang mencuri sebuah telefon bimbit supaya anaknya dapat mengikuti sesi pembelajaran secara online selepas mempertimbangkan situasi beliau.
Menurut laporang berita Detik, lelaki yang berasal di Bangka Belitung itu sebelum ini didakwa mencuri telefon bimbit seorang mangsa di Alun-Alun Taman Merdeka.
“Tujuan beliau bertindak sedemikian adalah agar anaknya dapat menggunakan telefon itu dalam pembelajaran online,” kata Ketua Pendakwa Raya Negeri Pangkalpinang, Jefferdian.
Atas belas kasihan, Jefferdian juga memberi hadiah berupa sebuah telefon bimbit kepada anak lelaki tersebut.
Katanya, selepas mempertimbangkan situasi keluarga tertuduh termasuk motif pencurian iaitu agar anak tertuduh dapat belajar, kes tersebut digugurkan…
“Selepas dinilai, mereka merupakan keluarga yang serba daif selain motif pencurian adalah bagi memastikan anaknya dapat belajar secara online menggunakan telefon bimbit,” ujar Jefferdian.
Sementara itu, rakaman sebuah video ketika lelaki tersebut dibebaskan juga tular, Dalam video tersebut, lelaki yang hanya yang hanya dikenali sebagai RC itu dilihat menangis dan melakukan sujud syukur selepas Pendakwa Raya Negeri Pangkalpinang menggugurkan kesnya.





