WASHINGTON, AS – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) kini mempunyai kebolehan untuk mengesan asteroid berbahaya yang boleh memusnahkan Bumi.
Menerusi laporan Daily Star, agensi tersebut mendakwa mempunyai keupayaan untuk mengesan asteroid tersebut hasil daripada penaiktarafan perisiannya kepada algoritma Sentry-II buat pertama kalinya dalam tempoh 20 tahun.
Agensi Amerika Syarikat (AS) itu berkata, penambahbaikan itu akan membantu untuk meningkatkan keupayaan mereka mengesan asteroid merbahaya yang menghampiri Bumi…
Makmal Jet Propulsion (JPL) NASA menggunakan perisian khas untuk menganalisis kemungkinan asteroid berbahaya boleh melanggar Bumi.
Ia berfungsi dengan mengimbas senarai asteroid dan orbit serta status bahaya dan mengira jika mana-mana asteroid yang diketahui atau baharu berpotensi melanggar Bumi.
Sistem yang digunakan dikenali sebagai kesan Yarkovsky, merujuk kepada bagaimana asteroid menyerap cahaya matahari dan memancarkannya sebagai haba.
Haba ini memberi kesan kepada laluan asteroid dan boleh menjelaskan kemungkinan ia jatuh ke Bumi.





