Harga Runcit Petrol Dan Diesel Kekal Sehingga 9 Februari

Harga Runcit Petrol Dan Diesel Kekal Sehingga 9 Februari

0
SHARE

PUTRAJAYA – Harga runcit RON95 dan disesl kekal pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter berkuat kuasa hari ini sehingga 9 Februari depan.

Menurut laporan Kosmo, Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bahawa harga runcit petrol RON97 juga kekal pada paras RM3.12 seliter.

MOF dalam satu kenyataan berkata, pengekalan harga bagi petrol RON95 dan diesel adalah bagi melindungi pengguna daripada harga minyak semasa di pasaran global yang berada pada paras yang tinggi.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata MOH..