KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan baharu hari ini ialah 58 KES iaitu 11 kes lebih rendah daripada jumlah kelmarin.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, angka itu adalah yang terendah sejak 14 Mei tahun lalu.
“Keadaan di Sabah terus bertambah stabil…
“Sebanyak 13 daripada 27 daerah di negeri ini tidak mencatat sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu,” katanya.
Tujuh (7) daerah mencatat peningkatan jumlah kes baharu tetapi pada kadar yang marginal, iaitu Kota Kinabalu (+2), Penampang (+2), Sandakan (+2), Semporna (+2), Beluran (+2), Kota Marudu (+1) dan Tambunan (+1).
“Kota Kinabalu kekal sebagai daerah yang mencatat kes baharu dua angka,” katanya dalam rumusan harian kes.
Beliau berkata tanda penstabilan kes jangkitan virus COVID-19 di Sabah harus dilihat dan dinilai dengan mengambilkira peratusan jangkitan sporadik yang kekal tinggi.
Katanya, hari ini, kadar jangkitan sporadik ialah 62 peratus daripada keseluruhan kes baharu.
“Peratusan tinggi ini adalah satu peringatan bahawa jumlah jangkitan harian boleh bertukar secara mendadak sekiranya masyarakat lalai mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” tegasnya.
Hanya seorang pesakit masing-masing dalam Kategori 3 dan 5 hari ini dan dua lagi dalam Kategori 4.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (18 April 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu 22 (20)
Penampang 9 (7)
Papar 5 (6)
Sandakan 4 (2)
Semporna 3 (1)
Ranau 3 (3)
Beluran 2 (0)
Kota Marudu 2 (1)
Tenom 2 (3)
Tuaran 2 (6)
Tambunan 1 (0)
Lahad Datu 1 (2)
Beaufort 1 (1)
Tawau 1 (2)
Kuala Penyu 0 (2)
Telupid 0 (0)
Kinabatangan 0 (1)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Sipitang 0 (2)
Keningau 0 (0)
Pitas 0 (2)
Tongod 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Putatan 0 (4)
Kudat 0 (2)
Kota Belud 0 (2)





