KOTA KINABALU, SABAH – Terdapat pertambahan hanya 3 kes di Sabah hari ini berbanding catatan semalam dengan jumlah 26 jangkitan baharu.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata angka itu masih dianggap stabil.
Katanya, Kota Kinabalu kembali mencatat kes harian dua angka dengan 11 kes baharu setelah merekodkan hanya 4 kes kelmarin.
Tambunan yang tidak mencatat sebarang kes baharu kelmarin juga merekodkan 6 jangkitan baharu hari ini.
“Pergerakan turun naik kes harian di daerah-daerah lain adalah pada skala yang kecil. Tidak ada jangkitan baharu dilaporkan di 19 daerah…
“Kedudukan ini sejajar dengan fasa penstabilan yang sedang dilalui oleh negeri ini,” katanya dalam rumusan harian kes.
Menurut beliau, walaupun masih terlalu awal untuk membuat penilaian, setakat ini jumlah pertambahan yang direkodkan adalah pada tahap yang kecil dan terkawal.
“Ini merupakan bukti kukuh bahawa pengambilan vaksin oleh sebahagian besar rakyat telah meningkatkan imuniti tubuh badan mereka daripada risiko jangkitan virus,” tambahnya.
Pihaknya telah meramalkan pertambahan jumlah jangkitan baharu yang berpunca daripada acara sambutan Aidilfitri dan Kaamatan diseluruh negeri Sabah sepanjang bulan ini.
Dalam pada itu, hanya terdapat dua (2) orang pesakit dalam Kategori 3 dan seorang lagi dalam Kategori 4 hari ini.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (05 Mei 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu 11 (4)
Tambunan 6 (0)
Sandakan 3 (5)
Telupid 2 (0)
Beaufort 1 (0)
Kunak 1 (0)
Papar 1 (0)
Penampang 1 (5)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Keningau 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (0)
Kota Marudu 0 (0)
Kuala Penyu 0 (0)
Kudat 0 (0)
Lahad Datu 0 (1)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (0)
Ranau 0 (1)
Semporna 0 (1)
Sipitang 0 (0)
Tawau 0 (3)
Tenom 0 (1)
Tongod 0 (0)
Tuaran 0 (2)





