Jangkitan Harian COVID-19 Sabah Terus Meningkat Pada Kadar Yang Rendah

Jangkitan Harian COVID-19 Sabah Terus Meningkat Pada Kadar Yang Rendah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan baharu hari ini ialah 63 kes iaitu 7 kes lebih tinggi daripada kelmarin.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun walaubagaimanapun berkata, kadar itu lebih rendah daripada angka peningkatan yang diramalkan.

“Daerah Penampang merekodkan angka jangkitan dua angka dengan 12 kes baharu, 11 kes lebih tinggi daripada sebelumnya…

“Kota Kinabalu kekal penyumbang tertinggi kes baharu dengan 24 jangkitan (-1) dimana 18 daripada kes tersebut adalah melalui jangkitan sporadik.

“Antara daerah2 lain yang merekodkan jangkitan yang melebihi dua kes ialah Sipitang 7 kes (+5), Papar 5 kes (-1), Sandakan 5 kes (+1), Lahad Datu 3 (+3) dan Tuaran 3 kes (+1),” katanya dalam rumusan harian kes.

Beliau berkata sebanyak 17 daripada 27 daerah di Sabah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu. Antaranya ialah Beaufort yang merekodkan hanya 5 jangkitan kelmarin.

Dalam pada itu, hanya dua (2) pesakit berada dalam Kategori 3 hari ini selain Kategori 1 dan 2.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (20 Mei 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 24 (25)
Penampang 12 (1)
Sipitang 7 (2)
Papar 5 (6)
Sandakan 5 (4)
Lahad Datu 3 (0)
Tuaran 3 (2)
Putatan 2 (5)
Keningau 1 (0)
Kinabatangan 1 (0)
Beaufort 0 (5)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Kota Belud 0 (0)
Kota Marudu 0 (1)
Kuala Penyu 0 (1)
Kudat 0 (1)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (1)
Ranau 0 (0)
Semporna 0 (0)
Tambunan 0 (1)
Tawau 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (1)
Tongod 0 (0)