IMAM TARAWIH MASJID NABAWI, SHEIKH MAHMOOD KHALIL MENINGGAL DUNIA

IMAM TARAWIH MASJID NABAWI, SHEIKH MAHMOOD KHALIL MENINGGAL DUNIA

0
SHARE

MADINAH – Berita dukacita buat umat Islam seluruh dunia apabila Imam Masjid al-Qiblatein, di sini, Sheikh Mahmood Khalil al-Qari dilaporkan telah meninggal dunia pada pukul 8 pagi (waktu Arab Saudi) hari ini.

Menurut sumber yang dipetik pada ciapan Twitter @HaramainSharifain, Allahyarham sebelum ini telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)

Jenazah dilaporkan akan dikebumikan selepas solat Maghrib hari ini di Tanah Perkuburan Al Baqi.

Allahyarham sebelum ini telah dilantik untuk mengimamkan solat sunat tarawih di Masjid Nabawi, pada Ramadhan 1439H/ 2018M.