Seramai 30 Terbunuh Termasuk Kanak-Kanak Dalam Serangan Taska

Seramai 30 Terbunuh Termasuk Kanak-Kanak Dalam Serangan Taska

0
SHARE

BANGKOK, THAILANDSekurang-kurangnya seramai 30 orang termasuk kanak-kanak terbunuh apabila diserang dan diserbu oleh seorang bekas pegawai polis bersenjatakan pistol dan pisau di sebuah taska di timur laut Thailand pada Khamis baru-baru ini, demikian menurut polis tempatan.

Penyerang, bersenjatakan senapang patah, pistol dan pisau, melepaskan tembakan ke arah pusat jagaan kanakkanak di wilayah Nong Bua Lam Phu pada kira-kira 12:30 tengah hari (0530 GMT) sebelum melarikan diri dari tempat kejadian menaiki sebuah kenderaan, kata pasukan itu.

“Angka kematian akibat insiden tembakan sekurang-kurangnya 30 orang,” kata jurucakap Pejabat Perdana Menteri Thailand, Anucha Burapachaisri.

Kolonel Jakkapat Vijitraithaya menyatakan lelaki bersenjata itu sebagai Panya Khamrab, seorang leftenan kolonel polis yang menurutnya telah dipecat dari pasukan tahun lalu kerana penyalahgunaan dadah.

Jakkapat mendedahkan, 23 kanak-kanak berumur dua hingga tiga tahun merupakan mangsa yang maut.

Pembunuhan beramai-ramai itu berlaku kurang sebulan selepas seorang pegawai tentera yang sedang berkhidmat menembak mati dua rakan sekerja di pangkalan latihan tentera di ibu negara Bangkok.

Walaupun Thailand mempunyai kadar pemilikan senjata yang tinggi, tembakan maut beramai-ramai amat jarang berlaku.