KOTA KINABALU, SABAH – Perniagaan Vending Machine adalah kedai masa hadapan yang sentiasa beroperasi selaras dengan dasar ekonomi digital masa kini.
Timbalan Ketua Menteri Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan berkata demikian dalam ucapannya dalam perasmian Pejabat JV Smart Vending Sdn Bhd (JVSV) dan Borneo MA Smart Vendors Sdn Bhd (BMAS) di Pejabat Urusan BMAS Sabah, Pristina, Kolombong hari ini.
Kitingan yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah berkata perniagaan tersebut berpotensi menjual produk-produk pertanian Sabah yang terpilih, sekaligus membantu para pengeluar produk pertanian memasarkan hasil mereka.
“Saya berharap agar business Smart Vending yang dibawakan oleh Borneo MA Smart Vendors ini akan berkolaborasi untuk memasarkan hasil-hasil pertanian yang ada di Sabah.”
Syarikat JV Smart Vending dan Borneo MA Smart Vendors juga mempunyai strategi perniagaan yang unik. Pemilik vending machine tidak terlibat dalam pengurusan harian dan kaedah ini dapat memberi pendapatan tambahan kedua kepada mereka yang terikat dengan kerja tetap.
Turut hadir CEO BMAS, Tan Sri Ahmad Zaki Anshore; Managing Director BMAS, Andenson Dato; Mejar (Kehormat), Alexandser Kadir Dato; CEO JV Smart Vending Sdn Bhd, Afiq Zarith; CEO F&J Smart Marketing Global Sdn Bhd, Fazliy Malik, Ahli Lembaga Pengarah BMAS, Dato Norsyamsul dan Ahli Lembaga Pengarah BMAS, Jalumin Bayogoh.





