KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bakal mengumumkan barisan Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan pada jam 8.15 malam ini.
Memetik sumber Berita Harian, Perdana Menteri dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, petang ini bagi memohon perkenan individu terbabit untuk dilantik ke jawatan tersebut.
“Setakat ini, kita bersama rakan-rakan yang konsisten dengan perjuangan dan reformasi. Insya-Allah, segala kebaikan dan keputusan adalah demi kesejahteraan negara…
“Saya akan menghadap Agong petang ini dan insya-Allah, jam 8.15 malam bakal diumumkan nama Timbalan-timbalan Menteri,” katanya.
Beliau berkata demikian ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, hari ini.





