KJ Tegaskan Proses Pemecatan Dalam Parti Tidak Ikut Proses Biasa

KJ Tegaskan Proses Pemecatan Dalam Parti Tidak Ikut Proses Biasa

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO merangkap bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan proses pemecatan keahlian partinya tidak mengikut proses biasa terutamanya membabitkan Lembaga Disiplin.

Memetik sumber Berita Harian, beliau juga memberi pengesahan tiada juga sebarang surat tunjuk sebab diberi serta pendengaran daripada Lembaga Disiplin dilakukan, sebelum pengumuman pemecatannya dilaporkan media, semalam.

“Mengesahkan tiada proses sewajarnya. Tiada surat tunjuk sebab dan pendengaran Lembaga Disiplin.

“Secara ringkasnya dan dibuang dalam tempoh satu hari daripada parti yang saya setia selama 23 tahun,” katanya menerusi Insta Story akaun Instagram beliau hari ini.

Sementara itu, media juga melaporkan beliau dipetik tidak akan membuat rayuan selepas dipecat daripada UMNO.

Ini berikutan beliau tidak yakin dengan keputusan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Bila sudah dipecat, pasti nak kena fikir soal masa depan politik. Apakah langkah seterusnya dan ada minta saya buat rayuan.

“Tetapi, saya rasa tak yakin dengan undang-undang rimba yang dipakai oleh presiden yang mana pemecatan itu dibuat tanpa mengikut proses biasa.

“Kalau hantar pun ia tidak dilayan, jadi saya rasa buang masa saja nak buat rayuan. Kalau inilah cara dia buang saya, maka memang tidak ada keadilan (dalam parti),” katanya dipetik menerusi laporan media terbabit.