Annuar Mohon Ahli UMNO Yang Dipecat, Digantung Dari Parti Kekal Tenang

Annuar Mohon Ahli UMNO Yang Dipecat, Digantung Dari Parti Kekal Tenang

0
SHARE
Tan Sri Annuar Musa...

KUALA LUMPUR – Semua ahli UMNO yang dipecat atau digantung daripada parti perlu kekal bertenang dan bersabar dalam berdepan realiti dihadapi.

Memetik sumber Berita Harian, bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, berkata parti hanya alat dan landasan untuk berjuang seperti yang dilakukan selama ini.

“Berkata benar itu mahal harganya dan ingatlah, jika pun mereka kini berkuasa, masih ada yang lebih tinggi kuasanya.

“Parti itu ciptaan kita manusia, ia hanya alat untuk berjuang dan ia bukan satu matlamat,” katanya.

Beliau berkata, rakyat sudah memberi isyarat, namun UMNO kekal berada dalam penafian.

Annuar berkata, UMNO lebih cenderung menyalahkan rakyat, pengundi dan pihak lain kecuali diri sendiri.

Perikatan Nasional (PN) bersedia membela bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, yang dipecat daripada UMNO.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, PN akan memberi pembelaan kepada mereka yang dipecat.

“Sebuah parti tidak siuman sedang ghairah pecat orang. Sabar yang kena pecat. Kami akan memberi pembelaan.

“Parti berkenaan ditolak di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Melaka. Menunggu hari Pilihan Raya Negeri (PRN),” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di laman media sosial rasmi Facebook, hari ini.