KUNAK, SABAH – Pemandu sebuah Isuzu Dmax maut tersepit selepas bertembung dengan lori treler di Batu 60 Jalan Kunak-Tawau, sini, pagi kelmarin.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan seorang penumpang perempuan mengalami kecederaan dalam kejadian kira-kira 11:50 pagi itu.
“Mangsa lelaki tersepit di bahagian pemandu berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi.
“Mangsa perempuan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum jentera tiba di lokasi 18 kilometer (KM) dari balai.
“Pemandu lori treler tidak mengalami sebarang kecederaan” katanya.
Operasi ditamatkan pada jam 12:27 tengah hari.






