Pergerakan Beliawanis PGRS DUN Sulaman Raikan 50 Anak Yatim, Asnaf

Pergerakan Beliawanis PGRS DUN Sulaman Raikan 50 Anak Yatim, Asnaf

0
SHARE
Pgrs
Anak-anak kurang berkemampuan bergambar bersama Noorazmahirah ( Sumber Foto: Ihsan Pergerakan Beliawanis PGRS Sulaman )

KOTA KINABALU, SABAH – Keceriaan dalam suasana semangat silaturahim dan rasa kasih sayang ini diharap menggembirakan anak yatim serta dan asnaf daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), Sulaman, di sini, Rabu lepas.

Suasana riang jelas tergambar di wajah anak-anak yatim dan asnaf apabila mereka dibawa membeli-belah di Jakel Silk House Alamesra oleh Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat (PGRS) bahagian Sulaman.

Program Jom Shopping Raya terdiri orang kelainan upaya (oku), ibu tunggal, asnaf, keluarga daif dan susah, anak yatim serta mualaf.

Menurut Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat bahagian Sulaman, Noorazmahirah Noorzain, program itu bertujuan menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam kalangan mereka yang kurang bernasib baik.

”Ia adalah sebahagian program kemasyarakatan untuk bersama-sama membantu dan menggembirakan anak yatim lebih-lebih lagi dalam suasana perayaan sebegini.

“Program ini akan dijadikan sebagai program tahunan Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat bahagian Sulaman.

“Sekurang-kurangnya mereka dapat merasai bahawa masih ada pihak yang prihatin dengan nasib mereka sempena bulan mulia ini,” katanya.

Seramai 50 orang penerima sumbangan Program Jom Shopping Raya yang meliputi semua PDM di DUN Sulaman.