Abang Didakwa Bunuh Adik Perempuan Dihadapkan Ke Makhamah

Abang Didakwa Bunuh Adik Perempuan Dihadapkan Ke Makhamah

0
SHARE
Arden
Arden Mattson Maturin yang didakwa memukul adik perempuannya sehingga koma dan meninggal dunia dihadapkan di Mahkamah Majistret

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang lelaki, 26, yang didakwa memukul adik perempuannya sehingga koma dan meninggal dunia dua kemudian hari dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini.

Arden Mattson Maturin dihadapkan ke Majistret Jessica Ombou Kakayun pada Jumaat selepas kejadian di Jalan Signal Hill di sini pada minggu lepas.

Bekas wakil ragbi Sabah, Arden, didakwa membunuh Audrey Maturin, 24, antara 3.30 petang dan 4.30 petang pada 4 Mei, di Taman Prestij.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripadanya selepas pertuduhan dibacakan kepadanya. Arden yang tidak diwakili peguam diperintahkan direman selanjutnya kerana pertuduhan terhadapnya tidak mempunyai peruntukan jaminan.

Majistret menetapkan 14 Jun ini untuk sebutan semula kes.