Bomba Keluarkan Mayat Warga Emas Dalam Bilik Terkunci

Bomba Keluarkan Mayat Warga Emas Dalam Bilik Terkunci

0
SHARE
Bomba
Anggota bomba mengumpil jeriji besi bagi mengeluarkan mayat mangsa ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KUNAK, SABAH – Seorang warga emas yang terakhir dilihat pada hari sebelumnya ditemui meninggal dunia dalam bilik terkunci di Lorong 5 Kunak Jaya sini petang semalam.

Tseu Chen Vui, 69, ditemui dalam keadaan terduduk di kerusi oleh pasukan Bomba selepas menerima panggilan berhubung kes pada pukul 2.56 petang.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kunak, Mohamad Omarbatha, sepasukan lima bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi.

“Pasukan bomba membuka pintu rumah yang terkunci menggunakan peralatan khas.

“Mangsa seterusnya dibawa keluar dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian,” katanya.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 5.46 petang.