KUALA LUMPUR – Kugiran genre pop folk dari Indonesia, kumpulan Fourtwnty bakal mengadakan siri jelajah konsert Fourtwnty “Nalar” Tour membabitkan beberapa negeri di Malaysia pada bulan depan.
Konsert terbabit akan bermula dari Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan (Pahang) pada 13 Oktober dan Persada Johor International Convention Centre, Johor pada 15 Oktober depan.
Seterusnya, konsert adakan diadakan pada 20 Oktober 2023 di Vervea Trade and Exhibition Centre (VTEC), Batu Kawan, Pulau Pinang dan kemudian berakhir di ZEPP Kuala Lumpur pada 22 Oktober.
Sebelum Malaysia, Fourtwnty “Nalar” Tour terlebih dahulu menyapa peminatnya di
Capitol Theatre, Singapura pada 7 Oktober ini.
Disamping itu, kumpulan kugiran yang dianggotai Ari Lesmana, Asep Nurohman, Andika Dwi Putra Arman, Primanda Ridho dan Ryan Maulana ini juga bakal melancarkan album Nalar yang menampilkan 10 buah lagu.
“Melakukan siri jelajah di beberapa kota di Malaysia adalah sebuah rencana yang luar biasa mampu dilaksana Fourtwnty.
“Tidak kita sangka impian itu mampu dilaksanakan selepas album ketiga kami, Nalar setelah beberapa siri persembahan sebelum ini hanya di Kuala Lumpur.
“Sampai jumpa nanti. Nalar tidak sabar untuk diraikan bersama-sama,” ujar Ari Lesmana.






