Keputusan Makhamah Zahid Mengecewakan Ahli Parlimen PH

Keputusan Makhamah Zahid Mengecewakan Ahli Parlimen PH

0
SHARE
Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ( Sumber Foto: Gambar carian Google )

KUALA LUMPUR – Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) tidak berpuas hati terhadap pengguguran pertuduhan Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kes rasuah pada 4 September lepas.

Memetik sumber Malaysiakini, seorang Ahli Parlimen kerajaan berkata keputusan itu mengakibatkan PH berada dalam dilema.

Beliau yang enggan dinamakan berkata tiada tutup mulut dikeluarkan untuk menghalang ahli parlimen PH daripada bercakap mengenai isu ini.

“Ia lebih kepada ‘macam mana kita nak respons terhadap perkara ini’ saja.

“PH memang menjangkakan sejak awal perkembangan seperti yang berlaku baru-baru ini akan berlaku.

“Ia diramal seawal PH bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan pusat selepas Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) pada tahun lalu. Itu ‘harga’ yang perlu dibayar,” katanya lagi.

Ahli parlimen PH itu juga menyuarakan kebimbangan bahawa keputusan DNAA berkenaan boleh memberi kesan kepada peratusan keluar mengundi Sabtu ini.

Bagaimanapun, ketika ini kerajaan mempunyai 147 ahli parlimen selepas kerusi Pulai kosong berikutan kematian Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Jika AMANAH memenangi semula kerusi Pulai pada Sabtu, ini akan menjadikan kerajaan mempunyai 148 ahli parlimen semula.