Tiga Cedera Terjatuh Dari Perancah KKIP

Tiga Cedera Terjatuh Dari Perancah KKIP

0
SHARE
Kkip
Lokasi kejadian di KKIP - ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Tiga lelaki cedera apabila terjatuh dari perancah (scaffolding) semasa melakukan aktiviti penyelenggaraan pada sebuah bangunan di Pusat Perindustrian Sepanggar, sini.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi tadi, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital oleh pihak majikan dan Ambulans sebelum ketibaan Pasukan Bomba di lokasi kejadian.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, seramai tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi Inland Best Sdn Bhd.

Operasi turut mendapat bantuan empat anggota BBP Lintas.

“Setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 11.46 pagi,” kata seorang jurucakap bagi agensi.