Kenyataan Azis Jamman Samakan GRS Dengan Firaun, PGRS Tampil Buat Laporan Polis

Kenyataan Azis Jamman Samakan GRS Dengan Firaun, PGRS Tampil Buat Laporan Polis

0
SHARE
Pgrs
Halil Ruffili (kiri) dan Tsabbit Mukti (kanan) memegang laporan polis yang dibuat terhadap Azis ( Sumber Foto: Ihsan PGRS )

PENAMPANG, SABAH – Biro Penerangan Gagasan Rakyat Sabah telah membuat lapuran polis terhadap Ketua Penerangan Parti Warisan (WARISAN), Datuk Mohd Azis Jamman, susulan tuduhan menyamakan komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan Firaun.

Laporan dibuat oleh dua Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Halil Ruffli dan Tsabbit Mukti di Balai Polis Penampang hari ini.

Halil berkata kenyataan Azis berniat jahat dengan mengimplikasi GRS sebuah kerajaan yang zalim sehingga disamakan dengan firaun, manakala pemimpin-pemimpin Warisan pula seperti Nabi Musa.

“Ucapan Azis ini jelas menghasut rakyat dengan menggunakan agama bagi memesongkan akidah.

“Kita sedia maklum rakyat Sabah sangat menolak ekstrimis yang menggunakan agama demi kepentingan politik.

“Ia akhirnya akan membawa kepada perpecahan keunikan rakyat Sabah yang telah wujud selama ini,” jelasnya.

Dalam pada itu Halil menyeru masyarakat Sabah agar tidak terpengaruh dengan cara politik sedemikian.

Sementara itu, Tsabbit Mukti yang juga AJK Biro Penerangan PGRS Pusat berkata beliau faham Pilihanraya Negeri Sabah akan berlaku dalam tempoh lebih kurang setahun lebih dari sekarang.

“Mana-mana pihak bebas untuk berkempen namun ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk pemimpin politik menyamakan parti lawan sebagai firaun. Firaun adalah sejahat-jahat manusia,” katanya.