Tun Juhar Terima Kunjungan JK Induk Sambutan Perayaan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi...

Tun Juhar Terima Kunjungan JK Induk Sambutan Perayaan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi TYT

0
SHARE
Juhar
Gambar kenangan antara Tun Juhar dan ahli jawatankuasa induk sambutan ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Induk Sambutan Perayaan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-71 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu, pada Selasa.

Rombongan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Dr Joachim Gunsalam itu bertujuan memaklumkan kepada Tun Juhar berkenaan pengisian program sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-71 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah.

Menurut Joachim, beberapa program dikekalkan seperti tahun-tahun sebelum ini namun bagi Anugerah Sukan tidak dilangsungkan memandangkan acara tersebut diadakan secara dwitahunan dan penyampaian sudah diadakan tahun lepas.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan berkenaan turut memaklumkan lokasi bagi sambutan Hari Etnik juga akan berubah pada tahun ini dan akan diadakan di daerah Penampang.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr. Sabin Samitah, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr. Jamili Nais dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Seri Rosli Isa. — JABATAN PENERANGAN SABAH